PENGENALAN




I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bahasa merupakan suatu simbol, dengan bahasa kita dapat mengenali sesebuah negara. Contohnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa utama bagi negara Malaysia.

Bahasa juga amat penting di dalam kehidupan seseorang, kerana sukar bagi kita untuk berkomunikasi jikalau tiada bahasa. Misalnya, jika kita imbas kembali pada zaman yang tidak menggunakan bahasa, mereka menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan apa yang hendak dikatakan.

Bahasa jua melambangkan identiti negara dan bangsa, uniknya sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa yang digunakan untuk berinteraksi di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, Malaysia mempraktikkan lebih dari satu bahasa, seperti Bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan sebagainya.


Khamis, 3 Mac 2011

CERPEN: Kasih ibu

Haziqah memandang sayu ibunya, Puan Halimah yang sedang khusyuk membancuh air kopi di dapur. Sejurus selepas menyiapkan tugasnya di dapur, ibu menghampiri Haziqah dan menolak kerusi roda yang diduduki Haziqah ke dapur.
“Bagaimana keadaan Iqa pada hari ini? Adakah bertambah baik?’’ Ibunya memulakan bicaranya pagi itu.
‘’Seperti selalu ibu, rasa tidak bermaya sahaja,’’ Balas Iqa.
‘’kalau begitu, kita bersarapan dahulu supaya Iqa bertenaga semula.’’
Begitulah Puan Halimah, sentiasa memberi harapan baru kepadanya. Haziqah menghidap penyakit buah pinggang ketika usianya menjangkau 16  tahun.kini usianya sudah mencecah 17 tahun, menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Encik Helmi sekeluarga begitu terkejut, apabila doktor Isaac mengumumkan  berita sedih itu. Mereka sungguh tidak menyangka anak sulung mereka Iqa yang aktif dalam sukan olahraga boleh menghidap penyakit kronik ini pada usia muda. Namun begitu,mereka reda dengan ketentuan Illahi kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya.Haziqah hanya mempunyai seorang adik iaitu Muaz, berusia 4 tahun.
                                                              ***
Mereka telah bersiap-siap untuk ke tempat kerja masing-masing. Encik Helmi sudah menghidupkan enjin kereta Protan Wiranya, manakala ibu sudah berada di sebelah tempat duduk pemandu. Halimah merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Seri Sentosa. Muaz juga dibawa sama untuk di hantar ke rumah datuk dan neneknya iaitu mak dan ayah Puan Halimah. Muaz akan dijaga sehingga pukul 2.00 petang setelah ibunya selesai mengajar. Apabila balik, Puan Halimah akan menumpang kereta kawannya, Aniza.
                                                                ***
Setelah sampai di pejabatnya, Encik Helmi termenung seketika.
‘’Bagaimana aku ingin memberi kehidupan yang lebih baik kepada Iqa?’’
‘’Kesian Iqa, kenapalah pada usia muda begini dia harus mengalami penderitaan sebegini.’’ Keluh Encik Helmi di dalam hati.
‘’Tak apalah, mungkin ada hikmah  disebalik kejadian ini,” Tambahnya lagi untuk menyedapkan hatinya.
Encik Helmi  bekerja sebagai pengurus jualan di syarikat perabot. Dia jenuh memikirkan masa depan yang akan dihadapi Iqa. Adakah baik atau sebaliknya. Kadang-kadang dia pasrah jika Tuhan ingin mengambil nyawa Iqa pada usianya sekarang kerana tidak sanggup melihat anaknya sengsara. Sebenarnya, pembedahan tidak dapat dijalankan kerana gagal mencari penderma yang sesuai. Kos pembedahan sebanyak RM45 000 juga perlu dicari.
                                                                ***
Haziqah menolak kedua-dua belah kerusi rodanya menuju ke halaman rumah. Dia keseorangan ketika itu. Pada hari itu, dia tiada kelas bersama guru tuisyennya di rumah iaitu Cikgu Mia. Haziqah terpaksa meninggalkan pembelajarannya di sekolah sebulan yang lalu akibat tidak mampu berulang alik ke sekolah dengan kerusi roda. Dia bersekolah di SMK Sri sentosa, di tempat ibunya bakerja. Namun begitu,dia tekad untuk mengambil SPM juga.
Pada pagi itu, bersamaan hari Sabtu Encik Helmi dan Puan Halimah telah membawa Haziqah ke hospital Selayang bagi mengetahui lebih lanjut perkembagan kesihatan anak mereka.
Doktor Isaac memaklumkan Haziqah perlu dibedah dalam masa tiga bulan. Hal ini kerana keadaan Haziqah terlalu lemah dan tidak bermaya. Apabila mendengar berita ini, mereka hanya mampu berdoa. Namun begitu, pada keesokan paginya, Puan Halimah telah membuat keputusan untuk memeriksa sekali lagi kesesuaian buah pinggangnya untuk didermakan kepada Iqa. Dengan izin Allah, buah pinggangnya sesuai untuk didermakan.
Pada pukul 3.00 pagi, Halimah telah bangun bagi menunaikan solat sunat. Dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T. Tidak sia-sia selama ini dia merintih kepada-Nya.
Berita gembira itu amat disenangi Haziqah. Namun, dalam hati kecilnya berkata.
‘’Mulianya hati ibu aku, ini merupakan pengorbanan yang tidak terhingga seorang ibu terhadap anaknya.’’ Dia berkata-kata sendirian.
Manusia mampu meneruskan hidup mereka walaupun mempunyai satu buah pinggang sahaja. Walau bagaimanapun dalam kes Iqa satu buah pinggang memang sudah rosak teruk manakala satu lagi hampir-hampir tidak berfungsi. Oleh sebab itu, keadaan Haziqah selalau sahaja lemah dan tidak bermaya.
Encik Helmi tekad untuk menyiarkan kisah Haziqah kepada orang ramai. Dia sangat memerlukan bantuan orang ramai untuk meringankan beban yang dialaminya.
Pada pagi itu, bumi Malaysia dikejutkan dengan berita penderitaan yang dialami Haziqah. Jika tidak segera tidak dibedah akan memudaratkan kesihatannya kelak. Di dalam akhbar Berita Harian, turut disiarkan gambar Haziqah yang hanya berkerusi roda. Di dalam itu juga, terselit kata-katanya yang ingin meneruskan pembelajarannya. Seterusya mengambil SPM dan menggapai cita-citanya sebagai seorang doktor.
Warga SMK Sri Sentosa beramai-ramai mendermakan sejumlah wang bagi membantu meringankan penderitaan Haziqah.
Datuk Kamarul merupakan pemilik Impiana Holdings membaca akhbar pada pagi  itu dan segera mendail nombor telefon rumahnya. Telefon berdering dan isterinya, Datin Risma segera mengangkat. Setelah menjawab salam. Datuk Kamarul terus bertanya.
‘’Adakah awak sudah membaca surat khabar hari ini?’’  S           oal Datuk Kamarul kepada isterinya.
‘’Belum lagi, mengapa bang?’’ Soal Risma semula.
‘’Abang telah membuat keputusan untuk mendermakan sebanyak RM45 000 kepada seorang penghidap penyakit buah pinggang berusia 17 tahun, sebaya dengan umur anak kita, Firdaus.’’
‘’Kesiannya budak itu, usia semuda itu sudah menghidap penyakit seteruk itu.’’
‘’Saya sokong niat abang itu,’’ Akhirnya Risma turut menyetujui niat suaminya.
Datuk Kamarul terus sahaja mendail nombor yang tertera di dada akhbar itu. Dia memaklumkan kesudiannya untuk menderma kepada keluarga Helmi.
                                                                 ***
Peralatan yang akan digunakan sewaktu pembedahan telah disusun rapi. Puan Halimah dan Haziqah telah siap sedia di bilik pembedahan.
Datuk Kamarul dan keluarganya turut hadir pada pagi Ahad di Hospital Selayang. Encik Helmi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Datuk Kamarul.
‘’Tidak usahlah begitu, saya ikhlas menolong awak sekeluarga,’’ Datuk Kamarul berkata demikian kepada Encik Helmi.
Segala-galanya berjalan dengan lancar, tempoh pembedahan selama 9 jam berjaya ditempuhi mereka. Mereka telah berada di hospital selama 3 minggu bagi memastikan luka mereka benar-benar sembuh.
                                                                  ***
Mereka telah dibenarkan pulang, mereka merancang untuk mengadakan kenduri doa selamat pada minggu seterusnya. Haziqah masih memakai kerusi roda kerana dia masih sukar untuk menyesuaikan diri dengan berjalan. Puan Halimah pula dibenarkan cuti sebulan lagi oleh pihak sekolah, namun dia masih mampu membuat kerja rumah. Anak-anak muridnya pula sudah mula sibuk menanyakan bila guru Bahasa Melayu mereka akan kembali mengajar.
Jiran-jiran Kampung Sepakat mula membanjiri perkarangan rumah Encik Helmi sekeluarga. Selepas solat Isyak, bacaan doa selamat pun dibacakan. Jiran-jiran  membantu mencuci pinggan mangkuk. Mereka tidak kisah melakukan kerja-kerja tersebut kerana Jiran Sepakat Membawa Berkat.
                                                               ***
Puan Halimah pula telah memulakan tugasnya sebagai guru seperti biasa. Anak-anak muridnya berasa gembira lalu membuat jamuan kecil-kecilan sempena kembalinya guru Bahasa Melayu mereka.
Haziqah baru sahaja selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) seperti pelajar-pelajar yang lain. Dia berharap keputusan yang bakal diterimanya mampu merealisasikan cita-citanya.
                                                               ***
Pada malam yang dingin itu, tiba-tiba terdengar bunyi batuk-batuk Puan Halimah begitu kuat. Sudah masuk hari keempat Halimah mengalami demam dan batuk berterusan. Dia sudah menelan ubat yang  telah diberikan doktor.
Batuk-batuk yang dihasilkan Halimah menyebabkan suami yang berada di sebelahnya terjaga daripada tidur. Keadaan Halimah sangat teruk pada malam itu, mukanya pucat . Encik Helmi bergegas mengejutkan kedua-dua anaknya.
                                                                 ***
Puan Halimah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.15 pagi. Tidak disangka Puan Halimah yang sudah aktif semula, telah meninggalkan mereka sekeluarga untuk selama-lamanya. Dia mampu meneruskan hidup setakat empat bulan sahaja selepas pembedahan selamat dijalankan. Doktor Isaac mengesahkan itu adalah simpton selepas pembedahan dilakukan.
Arwah disemadikan di kawasan tanah perkuburan Islam Taqwa. Encik Helmi terkilan apabila arwah tidak dempat melihat kejayaan anak-anak mereka. Bercucuran air mata Haziqah tatkala talkin dan surah Yassin dibacakan. Muaz pula masih tidak mengerti apa-apa. Mengapa ibunya ditanam di situ. Dia meraung apabila melihat jenazah ibunya di ruang tamu rumah sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Ibunya sudah tidak mengendahkan dirinya lagi.
Kadang-kadang Muaz akan membawa kereta jentolak mainannya ke kubur. Dia ingin menggali kubur ibunya dengan kereta mainan tersebut. Dia ingin mengetahui apa yang dilakukan ibunya di dalam kubur tersebut. Encik Helmi sungguh sebak melihat kejadian itu lantas berdoa.
Ya Allah, Ya Tuhan ku, Kau rahmatilah isteri hamba di sana serta kau permudahkanlah anakku, Muaz untuk mengerti keadaan sebenar yang berlaku.
                                                              ***
Encik Helmi telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Kewangan di syarikat lamanya bekerja. Dia tidak berkahwin lagi kerana ingin semadikan kasihnya pada arwah isterinya.
Haziqah pula telah berjaya menjadi doktor yang berjaya di Hospital Besar Kuala Lumpur .Berusia 30 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Hakim. Hakimlah yang menjadi peneman Helmi sewaktu hari minggu. Suaminya pula bekerja sebagai arkitek.
Muaz akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tidak lama lagi pada tahun ini.
Pada malam itu,  Haziqah bermimpi tentang ibunya. Dia berasa sangat rindu akan ibunya. Perasaan itu tetap ada selagi buah pinggang ibunya masih berfungsi dalam tubuhnya. Begitulah pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Sabtu, 19 Februari 2011

budi bahasa budaya kita

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Namun begitu, dari segi produk barangan kita juga perlu berbangga dengan produk barangan kita seperti Proton iaitu jenama kereta. Sebagai contoh, rakyat Jepun dan Korea begitu mengagung-agungkan produk mereka juga. Hal ini dapat dilihat melalui drama-drama mereka.Setiap props yang digunakan hanya menggunakan produk mereka iaitu Honda dan Samsung

Jumaat, 31 Disember 2010

ISU PPSMI

Prof Diraja Ungku Aziz telah dipetik berkata dalam siaran semasa @ TV1 jam 9.45 malam , 8 Mac 2009 ."Bukanlah isu Bahasa Melayu melawan Bahasa Inggeris". Beliau hanya mahu Bahasa Melayu terus menjadi bahasa utama dalam pembelajaran. Bahasa inggeris pula terus diajar dan diperkemaskan sehingga ia boleh dikuasai oleh ramai pelajar dan mahasiswa. Beliau juga menegaskan Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan. Alat perpaduan yang penting.

Rabu, 29 Disember 2010

SANTAI


yang merah itu saga,
yang kurik itu kendi
yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sepanjang Oktober 2010 ini menjadikan 1Bahasa, 1Bangsa dan 1Negara sebagai tema. Tema ini amat selari, dengan Gagasan 1Malaysia yang meletakkan perpaduan sebagai matlamat utama. Bahasa adalah asas pembinaan tamadun dan perpaduan bangsa. Rakyat harus sedar bahawa negara Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Kita akan membina ‘Kesatuan Dalam Kepelbagaian’ tersebut. Konsep 1Bahasa itu penting kerana kita mempunyai satu bahasa negara, peranan dan fungsi satu bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kita adalah satu bangsa, berkongsi nilai-nilai persamaan, ada rasa sepunya dan kekitaan. Segala-galanya itu mengarah kepada kefahaman bahawa tidak ada negara lain, selain daripada Malaysia, satu-satunya negara kita di dunia ini.